Monday, August 13, 2007

Mari Berkenalan Dengan KRJ Pahang!!



Pengenalan KRJ Pahang


KRJ di Malaysia
Kelab Remaja Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia atau lebih dikenali sebagai KRJ telah ditubuhkan pada tahun 1993. Ia ditubuhkan sebagai sebahagian daripada aktiviti Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) khusus mengenai remaja. KRJ mempunyai cawangan hampir di semua negeri di Malaysia.Di peringkat nasional KRJ berada di bawah Jawatankuasa Pembangunan Remaja JIM. Sementara di peringkat negeri, KRJ diketuai oleh Pengarah KRJ Negeri dan di peringkat daerah pula KRJ diketuai oleh Pengurus KRJ Daerah. Dalam perlaksanaan aktivitinya KRJ mengutamakan pembentukan remaja Islam yuang bertaqwa dan berwawasan melalui bimbingan yang komprehensif, seimbang dan berterusan. KRJ juga bersedia untuk mengadakan permuafakatan dengan mana-mana institusi yang seiring untuk sama-sama membentuk remaja Islam yang bertaqwa dan berwawasan.




Matlamat KRJ


Matlamat KRJ ialah untuk membentuk remaja yang menghayati Islam secara menyeluruh, bertaqwa, 'soleh wa musleh', berwawasan dan berkepimpinan tinggi melalui bimbingan yang komprehensif, seimbang dan berterusan. bagi mencapai matlamat ini KRJ telah menggariskan objektif-objektif umum seperti berikut:


• Membina generasi remaja kini untuk mengisi kepimpinan masa depan.


• Membina generasi remaja yang perihatin serta dapat memberi sumbangan terhadap kesejahteraan dan kemakmuran ummah dan negara.


• Mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu serta mampu mencapai kesejahteraan diri.


• Melahirkan generasi yang berwawasan, berakhlak mulia dan dinamik.





Syarat Keahlian KRJ Pahang


• Keahlian KRJ terbuka kepada semua remaja Islam yang berumur antara 12 hingga 19 tahun.


• Mengisi borang keahlian serta mendapat kebenaran daripada ibubapa/penjaga.


• Membayar wang pemprosesan.



Aktiviti aktiviti menarik !!
• Bimbingan Agama


• Bimbingan Akademik


• Bimbingan Kerjaya


• Komputer dan IT


• Perkhemahan dan Outdoor


• Sukan dan Rekreasi


• Latihan Kepimpinan


• Kemahiran Hidup/ Kendiri


• Seni dan Kebudayaan


• Penerbitan





Etika KRJ
• Berakhlak mulia, berdisiplin dan bercita-cita tinggi


• Menghormati pemimpin, ibubapa, guru dan orang yang lebih tua


• Berusaha memperbaiki diri dan menambah ilmu


• mempunyai semangat perikemanusiaan


• Menyayangi dan memelihara alam ciptaan Allah s.w.t.
Bagaimana ingin menjadi ahli ??
Hubungi KRj Pahang melalui telefon atau sms untuk pertanyaan atau pendaftaran sebagai ahli ;
Mohd Sufian Bin Mat Ali - 014 836 8371
Hidayah Arifin - 017 958 5128
Fahzan Adli Borhan - 019 341 8423
Siti Amirah Hassan - 013 292 9272
atau emel kepada krjpahang@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.