Saturday, January 30, 2010
Semua Menyesal
Sekumpulan manusia berjln-jln merentasi jln
berbatu.Kedengaran suatu suara dari langit yg membawa
maksud sesiapa yg memungut batu akan menyesal dan
sesiapa yg tidak memungut batu juga akan
menyesal.Mereka kebingungan.Ada antara mereka yg
memungut dan ada yg tidak.Pada sebelah
paginya,sesampai mereka di rumah,mereka mendapati
batu-batan tersebut bertukar menjadi
berlian.Sekarang,mereka yg tidak mengambil sebiji pun
batu tersebut mula menyesal dan berkata"Kalaulah kami
ambil batu2 itu...".Mereka yg ambil batu itu pun mula
kesal dan berkata"kenapa aku tidak ambil lebih banyak
batu2 itu?"kedua2 kump itu nyata amat menyesal.
Inilah gambaran yg berlaku pd hari kiamat
kelak.Golongan yg menghabiskan masa mereka dgn benda2
yg kurang berfaedah akan mula menyesal melihat
kejayaan mereka yg memperolehi kedudukan yg baik di
syurga.Mereka yg memperolehi kejayaan juga menyesal
kerana tidak melakukan lebih lagi bagi mencapai
kedudukan yg lebih tinggi darjatnya.
Fikirkanlah,sama ada kita hendak menjadi golongan
yang mengambil batu itu ataupun yang tidak mengambil
langsung.
Monday, March 31, 2008
Assalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh.
Segala pujian bagi Allah S.W.T., selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya, para sahabat serta tabiin sekalian.
BISMILLAHIRRAHMANIR RAHIM.
Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang diperintah oleh Allah dan Rasul Nya), kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat (maksiat)hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar.Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya."Apabila sesaorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya ia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badan nya, bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepada nya.
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya" . Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A.Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar.Firman Allah S.W.T : "Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)." - Surah An Nur : Ayat 24."Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." Surah Yassin : ayat 65.1) Menjaga Mata Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.
2) Menjaga Telinga Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat."
3) Menjaga lidah Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka.Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya sesaorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan nya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun." - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.
Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.
4) Menjaga perut Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.
5) Menjaga Kemaluan Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharam kan oleh Allah S.W.T.Firman Allah S.W.T. :"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat 5-6.
6) Menjaga Dua Tangan Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.
7) Menjaga Dua Kaki Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim.Firman Allah S.W.T. : "Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka." - Surah Hud : ayat 113.
Kesimpulannya : Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak bersyukur(kufur) terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu.Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat). - Riwayat At Tirmizi.Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali) - Jazakumullahu khairan
Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan sebarang salah dan khilaf, disengaja atau tidak adalah daripada saya sendiri... Mudah-mudahan ianya dapat dijadikan panduan dalam mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. WabiLlahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh. . - - "Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W." - (Imam Malik)
Thursday, January 3, 2008
Madrasatul Hayaah Islah (MHI) 2008
20 Januari 2008 – 20 Februari 2008
Di sekitar Lembah Kelang (tempat akan diumumkan dalam masa terdekat insyaAllah)
PENYERTAAN
Terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM 2007
JUMLAH PESERTA YANG DISASARKAN
30 hingga 50 orang sahaja!!!
PENDAFTARAN
Sila daftar sebelum 15 Januari 2008
Pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi
Mohd Sufian Mat Ali - 0148368371
Saturday, December 1, 2007
PERKARA BERMANFAAT DARI BERCOUPLE
1) Seronok (dpt fitnah)...
2) Seronok (dpt dosa)...
3) Seronok (dpt geng dgn syaitan)...
4) Dapat meluahkan segala masalah kita (ALLAH
kan ada)...
5) Byk habis duit (lebih baik guna utk
b'sedekah)...tak kurang juga yg habiskan duit
beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung
stp bulan...
6) Banyak risau (takut awek org lain
kebas...berapa kali dah miss solat pasal asyik
berdating...tak pulak risau!)...
7) Banyak t'menung dan senyum sendiri (pasal
ingat peristiwa riang dgn awek...kita sbg muslim
patutnya byk mengingati MATI yg boleh dtg pd
bila-bila masa)...
8) Lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm
dunia sendiri, dia dan awek dia shj....yg lain
dah tak kisah.)...
9) Menepati masa dan janji (takut awek
marah...sembahyang fardhu lewat tak takut
pulak)...
10) Lain-lain lg yg m'berikan faedah dlm
menambah saham DOSA drpd saham PAHALA...
Hasil drpd pengalaman/pemerhatian/kajian ana
t'dpt beberapa sbb yg m'jadi PENDORONG mengapa
ber'couple'
terjadi ;
1) Byk sekolah/pusat pengajian campur. Perempuan
dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak
yg b'tanggungjawab utk mengawal p'campuran ini
supaya tidak bercanggah dgn syarak...
2) P'kara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati
ada p'dpt (tak tahu le dalil mana dia guna)
mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak
melanggar batas2 syarak (Nauzubillah !)... Pd
p'dpt mrk, keluar dating di khalayak ramai,
bukannya b'duaan di tempat sunyi, tak pegang
tangan, jalan pun tak rapat2 dan si awek tu pula
pakai tudung... So tak pe le dosa pun sikit je.
Nanti dah kahwin settle dan taubat le. Ana bab
nie yg payah nak jawab...ada aje alasan dia org
utk melepaskan diri. Org kata kalau dah nak bt
tu mmg macam2 helah. Kita nasihat kot sini dia
corner kot lain. Bykkan b'sabar dan teruskan
usaha kita insya-Allah lama2 dia akan sedar...
3) Sudah m'jadi naluri manusia ingin dibelai dan
kasih, maka sbb itu Allah jadikan lelaki dan
perempuan ada tarikan mcm cas -ve dan +ve. Hasil
drpd pentarbiyahan Islam yg tidak kukuh dr
keluarga menyebabkan attraction between the
charge can't be control to act in a much more
appropriate manner...maka t'jadinya perhubungan
(kwn2) sebelum ada ikatan yg sah, dan ada
setengah ibubapa dgn selamba kata,"Tak pe le dia
orang dah besor... dah remaja, dah pandai fikir
mana baik dan mana buruk.. bior le". Betul juga
kata ibubapa t'sebut, patutnya kita dah besor,
tahu le menilai yg baik dan yg buruk...tp
tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun
tak boleh abaikan...
4) B'tambahnya perempuan yang tidak menutup
aurat, kalau tutup aurat pun, aurat lain tidak
dijaga spt cara b'gaul, bercakap, dan sbgnya.
Ini m'buka ruang pada lelaki2 untuk memulakan
projek mrk. Tak p'caya cuba pergi lepak (tujuan
utk mengambil iktibar) kat KL... Ada yg elok
tutup aurat tapi bila time sembang...tu dia,
ketawa kalah lelaki.... lepas tu pandai cubit2
dan pukul2 pula tu. Lelaki apa lagi...ada chance
nie...
5) Ramai perempuan semakin berani....berani
menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki
maka mrk pun goda le lelaki so dpt byk
boyfriend..... mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg
byk dpt awek...
6) Ramai lelaki rasa bangga kalau dia ada awek,
kalau takde awek maka mcm ada satu kekosongan
dlm jiwa...lebih2 lg kalau tengok member2 lain
dia ada awek. Faktor sekeliling m'pengaruhi
suasana...
7) Lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia
tu pakar dlm bab meng'ayat' awek...lelaki ni
biasa le EGO..... ego tak kena tempat...
Haaaaa..... ni paling memalukan kaum lelaki....
lelaki ni cepat sangat PERASAN so dia pun naik
semangat untuk kacau awek. Mula2 perasan yg awek
tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up
awek tu minat betul2... ye le dah usaha sikit
punya susah nak meng'ayat', awek tu pun accept
le mat tu. Ada juga awek yg manja sikit bila nak
minta tlg maka lelaki akan t'perasan yg awek tu
minat kat dia maka akan try meng'ayat'. Maka
dianjurkan pada kaum Hawa agar tidak menonjolkan
sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena.
Pada kaum Adam pula, jgn la perasan cepat
sangat....
9) Ada kaitan dgn fakta ke 8.... perempuan cepat
sangat kesian bila tengok lelaki b'susah-payah
untuk dia. Tolong itu, tolong ini... Bila lelaki
yg dok tolong tu 'ayat' sikit aje dgn mudah
perempuan t'sebut termakan kata-kata manis
lelaki tersebut...yg lelaki tu pula tolong tak
ikhlas, tu yg jadi macam tu...
10) Fakta yg kesepuluh ini cukup sensitif pasal
mrk (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mrk cukup
ikhlas dan jujur. Tujuannya ialah utk untuk
kenal antara satu sama lain dan memahami satu
sama lain....ngam ke tak ngam sebelum b'janji
untuk sehidup semati...
Alhamdulillah niat bagus.... tapi niat tak boleh
menghalalkan cara. Yg haram akan tetap haram,
sbgmana hadith Rasullullah...
Daripada Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir(RA):
Sabda Rasulullah(SAW) ;
"Sesungguhya yang halal itu nyata dan yang haram
itu pun nyata...dan di antara keduanya ada
kesamaran yang tidak diketahui oleh kebanyakan
manusia. Barangsiapa yang memelihara dirinya
dari segala kesamaran, maka ia memuliakan agama
dan kehormatan bagi dirnya. Dan barangsiapa yang
jatuh ke dalam perkara kesamaran, maka jatuhlah
ia seperti pengembala yang mengembala di sekitar
kawasan larangan..." (Mutafaq 'alaih)
Wednesday, October 10, 2007
Monday, October 1, 2007
Remaja Raikan Ramadhan @ Raya - 3R
pada
5 - 6 Oktober 2007 23 - 24 Ramadhan 1428 H
di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Isap
sasaran peserta
Pelajar Sekolah SMK Sungai Isap
Yuran penyertaan
RM 10 aje..
sebarang pertanyaan hubungi :
014-836 8371 - Mohd Sufian
019 - 3418 423 - Fahzan adli
013-292 9272 - siti amirah UIA
JOM SERTAI RAMAI RAMAI !!
Tuesday, August 14, 2007
Laporan Program Remaja Makmurkan Masjid (REMM) KRJ Pahang
Tarikh : 28-29 Julai 2007
Tempat : Masjid Umar Al Khattab,Cenderawasih
Alhamdulillah, Syukur kepada Allah kerana dengan RahmatNya, Program REMM dapat dijalankan dengan jayanya..maaf kerana tak dapat nak tulis coretan kerana kekangan kerja dan masa.
REMM dengan usahasama antara KRJ Pahang dan Masjid Cenderawasih telah diadakan dengan jayanya.Alhamdulill ah,
REMM bermula dengan pendaftaran peserta selepas asar, sebelum pukul 6 sudah ada peserta datang..dan lagi dan lagi..
akhirnya REMM berjaya mengumpulkan seramai 12 orang peserta,
3 puteri dan 9 putera.
fasi yang terlibat ialah 3 akhawat dari uia (mardhiyah, khadijah, najwa) dan seorang ikhwah dari kpm(rizal) yang sudi mengorbankan masa bersama sama dengan penganjur.
semua peserta diberi satu hadiah istimewa iaitu 'kit remm' yang dibuat khas oleh ajk KRJ Pahang untuk peserta REMM..nak tau apa dia? kena lah datang REMM...
Peserta mengikuti kuliah maghrib yang diuruskan oleh pihak masjid. Alhamdulillah, penceramah juga menyentuh tentang isu remaja pada ceramah beliau setelah mengetahui ada program remaja yang sedang berlangsung di masjid.
selepas isya', satu majlis ringkas diadakan sebagai tanda perasmian program,yang dihadiri oleh akhi Samsudin YDP dan akhi Sukeri SU mewakili JIM dan timbalan pengerusi masjid, imam, dan bilal serta ajk masjid.
selepas itu, slot khas bersama Pak Anwarudin(ikhwah indonesia, PhD Chemical Eng UMP) menyampaikan slot yang bertajuk 'aku ori bukan fotokopi' dengan kaedah yang sangat menarik dan interaktif.. ternyata 1 jam yang diberi tidak mencukupi untuk pak anwar berceloteh dengan remaja remaja kita..
selepas minum malam, LDK khas diadakan untuk peserta mengenali antara satu sama lain, berkongsi pengalaman dan fasi menerangkan tentang adab adab serta kelebihan masjid yang mungkin selama ini mereka tidak mengetahuinya. .juga diadakan tilawah untuk menguji kefahaman peserta kefahaman tentang Al Quran. ada diatara mereka yang masih belum dapat membaca dengan baik dan ini merupakan peluang yang baik untuk KRJ mendekati mereka dengan mengajar membaca Al Quran..InsyaAllah akan diusahakan..
semua peserta dipaksa tidur pada jam 12 tgh malam. semuanya susah benor nak tidur, ada sahaja ceritanya..terpaksa lah para fasi bersabor je lah dengan kerenah mereka semua..
pada jam 4.30 pagi semua peserta dikejutkan dan qiammulail bermula..alhamdulil lah sekali lagi, tiada siapa yang tak pass masa qiam, semua pass..namun selepas solat subuh, semasa Ustaz Alwi Muda memberi kuliahnya yang bertajuk 'Redha', masing masing peserta putera mula mencari ruang ruang tersembunyi di masjid dan melelapkan mata..;(
tepat 7 pagi, peserta membuat sedikit senaman ringan dan diajar tentang permainan 'karen elektrik' dan 'silent killer'. ternyata semua peserta putera terlalu asyik dan tak nak berhenti..
peserta akhawat pula melakukan senaman 'pokok ke pokok'..
jam 9.00 pagi, slot khas mentoring untuk remaja disampaikan oleh Pengarah KRJ Pahang (ana sendiri) dengan tajuk 'KENALI DIRI'..disebabkan terlalu asyik untuk mengenal diri sehinggakan kami tidak menyedari ada berlaku kematian dan jenazah sedang dimandikan serta dikafankan semasa slot berlangsung.
setelah selesai slot, barulah kami dimaklumkan bahawa ada kematian dan jenazah telah bersedia untuk disolatkan.semua jamaah rupa rupanya menunggu KRJ menghabiskan slot kami semata mata untuk mengajak kami semua solat jenazah bersama sama..satu ujian untuk kami..!! Al fatihah..
ini merupakan satu pengajaran dan pendedahan kepada peserta tentang perkara fardhu kifayah ini..Alhamdulillah, Allah memberi ruang dan peluang kepada peserta REMM kali pertama ini tentang pengurusan jenazah secara tak langsung..
seleaps itu, majlis penutup ringkas dilakukan oleh Tuan Imam 2 masjid, tuan Imam mengingatkan peserta tentang kerenah remaja masakini dan pentingnya masjid untuk remaja..program berakhir pada jam 11 pagi..alhamdulillah sekali lagi, Allah memberi ruang dan peluang kepada kami untuk menepati masa yang ditetapkan..
yang penting selepas ini adalah penerusan.
pihak masjid mengalu alukan KRJ Pahang mengadakan lagi program seumpama ini pada masa akan datang, kalau boleh diadakan setiap bulan..Insyaallah kami cuba setakat termampu..
untuk peserta, penerusan akan dilakukan dengan memperkenalkan konsep mentoring kepada remaja terlibat..Insyallah semua peserta REMM akan di 'mentoring'kan selepas ini..!!
bagi pihak KRJ Pahang, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada ikhwah akhawat yang bersama sama memberi bantuan secara langsung dan tidak langsung., dalam menjayakan prgoram kecil ini..tak pupa pada ajk yang bertungkus lumus membuat persiapan program..Allah sahaja yang membalas itu semua.,.
melalui responds positif yang diterima dari peserta dan pihak masjid, InsyaAllah program seumpama ini akan di perkemaskan lagi agar mampu menarik remaja putera puteri harapan bangsa ini ke masjid..Sama sama kita Doa doa kan!!..(kita pun kena ke masjid juga...)
sekian untuk coretan :
Mohd Sufian Mat Ali
Pengarah KRJ Pahang
JKPR JIM Pahang
014-8368371
Monday, August 13, 2007
Mari Berkenalan Dengan KRJ Pahang!!
Matlamat KRJ
Syarat Keahlian KRJ Pahang
Aktiviti aktiviti menarik !!
Etika KRJ
• Berakhlak mulia, berdisiplin dan bercita-cita tinggi