Saturday, January 30, 2010

Semua Menyesal


Sekumpulan manusia berjln-jln merentasi jln
berbatu.Kedengaran suatu suara dari langit yg membawa
maksud sesiapa yg memungut
batu akan menyesal dan
sesiapa yg tidak memungut batu juga akan
menyesal.Mereka kebingungan.Ada antara mereka yg
memungut dan ada yg tidak.Pada sebelah
paginya,sesampai mereka di rumah,mereka mendapati
batu-batan tersebut bertukar menjadi
berlian.Sekarang,mereka yg tidak mengambil sebiji pun
batu tersebut mula menyesal dan berkata"Kalaulah kami
ambil batu2 itu...".Mereka yg ambil batu itu pun mula
kesal dan berkata"kenapa aku tidak ambil lebih banyak
batu2 itu?"kedua2 kump itu nyata amat menyesal.

Inilah gambaran yg berlaku pd hari kiamat
kelak.Golongan yg menghabiskan masa mereka dgn benda2
yg kurang berfaedah akan mula menyesal melihat
kejayaan mereka yg memperolehi kedudukan yg baik di
syurga.Mereka yg memperolehi kejayaan juga menyesal
kerana tidak melakukan lebih lagi bagi mencapai
kedudukan yg lebih tinggi darjatnya.

Fikirkanlah,sama ada kita hendak menjadi golongan
yang mengambil batu itu ataupun yang tidak mengambil
langsung.