Tuesday, August 14, 2007

Laporan Program Remaja Makmurkan Masjid (REMM) KRJ Pahang


Tarikh : 28-29 Julai 2007
Tempat : Masjid Umar Al Khattab,Cenderawasih

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah kerana dengan RahmatNya, Program REMM dapat dijalankan dengan jayanya..maaf kerana tak dapat nak tulis coretan kerana kekangan kerja dan masa.

REMM dengan usahasama antara KRJ Pahang dan Masjid Cenderawasih telah diadakan dengan jayanya.Alhamdulill ah,

REMM bermula dengan pendaftaran peserta selepas asar, sebelum pukul 6 sudah ada peserta datang..dan lagi dan lagi..

akhirnya REMM berjaya mengumpulkan seramai 12 orang peserta,
3 puteri dan 9 putera.

fasi yang terlibat ialah 3 akhawat dari uia (mardhiyah, khadijah, najwa) dan seorang ikhwah dari kpm(rizal) yang sudi mengorbankan masa bersama sama dengan penganjur.

semua peserta diberi satu hadiah istimewa iaitu 'kit remm' yang dibuat khas oleh ajk KRJ Pahang untuk peserta REMM..nak tau apa dia? kena lah datang REMM...

Peserta mengikuti kuliah maghrib yang diuruskan oleh pihak masjid. Alhamdulillah, penceramah juga menyentuh tentang isu remaja pada ceramah beliau setelah mengetahui ada program remaja yang sedang berlangsung di masjid.

selepas isya', satu majlis ringkas diadakan sebagai tanda perasmian program,yang dihadiri oleh akhi Samsudin YDP dan akhi Sukeri SU mewakili JIM dan timbalan pengerusi masjid, imam, dan bilal serta ajk masjid.

selepas itu, slot khas bersama Pak Anwarudin(ikhwah indonesia, PhD Chemical Eng UMP) menyampaikan slot yang bertajuk 'aku ori bukan fotokopi' dengan kaedah yang sangat menarik dan interaktif.. ternyata 1 jam yang diberi tidak mencukupi untuk pak anwar berceloteh dengan remaja remaja kita..

selepas minum malam, LDK khas diadakan untuk peserta mengenali antara satu sama lain, berkongsi pengalaman dan fasi menerangkan tentang adab adab serta kelebihan masjid yang mungkin selama ini mereka tidak mengetahuinya. .juga diadakan tilawah untuk menguji kefahaman peserta kefahaman tentang Al Quran. ada diatara mereka yang masih belum dapat membaca dengan baik dan ini merupakan peluang yang baik untuk KRJ mendekati mereka dengan mengajar membaca Al Quran..InsyaAllah akan diusahakan..

semua peserta dipaksa tidur pada jam 12 tgh malam. semuanya susah benor nak tidur, ada sahaja ceritanya..terpaksa lah para fasi bersabor je lah dengan kerenah mereka semua..

pada jam 4.30 pagi semua peserta dikejutkan dan qiammulail bermula..alhamdulil lah sekali lagi, tiada siapa yang tak pass masa qiam, semua pass..namun selepas solat subuh, semasa Ustaz Alwi Muda memberi kuliahnya yang bertajuk 'Redha', masing masing peserta putera mula mencari ruang ruang tersembunyi di masjid dan melelapkan mata..;(

tepat 7 pagi, peserta membuat sedikit senaman ringan dan diajar tentang permainan 'karen elektrik' dan 'silent killer'. ternyata semua peserta putera terlalu asyik dan tak nak berhenti..
peserta akhawat pula melakukan senaman 'pokok ke pokok'..
jam 9.00 pagi, slot khas mentoring untuk remaja disampaikan oleh Pengarah KRJ Pahang (ana sendiri) dengan tajuk 'KENALI DIRI'..disebabkan terlalu asyik untuk mengenal diri sehinggakan kami tidak menyedari ada berlaku kematian dan jenazah sedang dimandikan serta dikafankan semasa slot berlangsung.
setelah selesai slot, barulah kami dimaklumkan bahawa ada kematian dan jenazah telah bersedia untuk disolatkan.semua jamaah rupa rupanya menunggu KRJ menghabiskan slot kami semata mata untuk mengajak kami semua solat jenazah bersama sama..satu ujian untuk kami..!! Al fatihah..
ini merupakan satu pengajaran dan pendedahan kepada peserta tentang perkara fardhu kifayah ini..Alhamdulillah, Allah memberi ruang dan peluang kepada peserta REMM kali pertama ini tentang pengurusan jenazah secara tak langsung..

seleaps itu, majlis penutup ringkas dilakukan oleh Tuan Imam 2 masjid, tuan Imam mengingatkan peserta tentang kerenah remaja masakini dan pentingnya masjid untuk remaja..program berakhir pada jam 11 pagi..alhamdulillah sekali lagi, Allah memberi ruang dan peluang kepada kami untuk menepati masa yang ditetapkan..
yang penting selepas ini adalah penerusan.
pihak masjid mengalu alukan KRJ Pahang mengadakan lagi program seumpama ini pada masa akan datang, kalau boleh diadakan setiap bulan..Insyaallah kami cuba setakat termampu..

untuk peserta, penerusan akan dilakukan dengan memperkenalkan konsep mentoring kepada remaja terlibat..Insyallah semua peserta REMM akan di 'mentoring'kan selepas ini..!!

bagi pihak KRJ Pahang, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada ikhwah akhawat yang bersama sama memberi bantuan secara langsung dan tidak langsung., dalam menjayakan prgoram kecil ini..tak pupa pada ajk yang bertungkus lumus membuat persiapan program..Allah sahaja yang membalas itu semua.,.

melalui responds positif yang diterima dari peserta dan pihak masjid, InsyaAllah program seumpama ini akan di perkemaskan lagi agar mampu menarik remaja putera puteri harapan bangsa ini ke masjid..Sama sama kita Doa doa kan!!..(kita pun kena ke masjid juga...)

sekian untuk coretan :

Mohd Sufian Mat Ali
Pengarah KRJ Pahang
JKPR JIM Pahang
014-8368371